Thursday, January 29, 2009

xylanase??? Apa ya???!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Semalaman bersekang mata untuk menyiapkan kerja yang tertunggak. Tugasan untuk subjek Protein Biotechnology.

Soalannya ku kira lebih kepada contoh dan fungsi enzim atau protein yang telah dikomersilkan. Sedang mencari-cari enzim atau protein yang sesuai, akhirnya ku bertemu jua dengan si idaman hati...XYLANASE...

Berapa ramai antara kita yang pernah mendengar nama enzim yang unik ini??? Angkat tangan!!! hehehe...(Terlalu unik sehinggakan seringkali xylanase ku eja sebagai xynalase...huhu...)

Dengan pembacaan yang sedikit sebagai pencetus kepada idea untuk menyiapkan tugasan, sedikit maklumat yang ku kira tidak rugi jika dikongsikan...

1) xylanase merupakan sejenis enzim yang ditambah ke dalam adunan roti (dough) dalam bentuk serbuk.

2) Secara amnya, enzim ini terdapat banyak jenis dan yang sesuai digunakan di dalam industri pembuatan roti adalah xylanase 8. (Jenis-jenis yang lain yang biasa dalam industri seperti xylanase 10 dan 11).

Apa yang xylanase boleh lakukan kepada roti anda???

- Enzim ini, merupakan salah satu enzim yang ditambah bagi meningkatkan kualiti roti yang dihasilkan.

- Secara teorinya (melalui pembacaan beberapa e-journal, website dan buku), roti yang adunannya ditambah dengan xylanase mempunyai tekstur yang diperbaiki, boleh menambah isipadu dan menguatkan gluten dalam roti itu...apa itu gluten? insyaALLAH dalam post yang akan datang ya!

Diriku agak tertarik dengan enzim ini kerana fungsinya yang boleh menambah baikkan kualiti roti. Kerana selama ini, tak pernah berhadapan dengan fakta ini..=D

Dan tidak pasti sama ada enzim ini merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam resepi adunan roti setiap kali pembuatan tapi saya sahaja yang tidak pernah mendengarnya...dan saya juga tidak pasti apakah bentuk sebenar enzim ini dan adakah enzim ini diguna pakai secara meluas di Malaysia khususnya...

Buat yang mengetahui, marilah kita berkongsi...kerana kadang kala pengalaman lebih banyak mengajar dan membuatkan kita faham jika dibandingkan kita belajar dan membaca hanya sekadar bacaan...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =)

Wallahualam...

Wednesday, January 14, 2009

kisah roti wholemeal...


Telah dua hari berjuang dengan hanya dua tenaga kerja, hari ini, aku terdengar rungutan pelanggan tidak puas hati sambil rotinya dibungkus.

“Dah la mahal, sik nyaman lalu gik roti ya. Rugi kamek meli ria.” Antara yang sampai ke rongga telingaku di balik bunyi mesin dan oven.

“Kenak ya? ” tanya ku sejurus cik cashier melangkah masuk.

“Customer ya meli roti wholemeal hari ya.Nya madah dah la mahal, rasanya gik sik nyaman.”

Tatkala mendengarkan itu, aku lalu mengeluh. Nampaknya pelanggan tadi tidak tahu nilai sebenar sebuku roti bijirin..Hanya tahu harganya mahal berbanding roti putih biasa dan bertekstur kasar penuh bijirin. Rasanya pun tak seberapa. Masin ada. Kalau manis gula yg dicari, memang tiada. Tiada sebutir gula pun dicampur ke dalam adunan. Semua ini kerana hakikat dicipta roti bijirin adalah bagi orang-orang yang mempunyai masalah kesihatan. Baik untuk pengidap kencing manis. Kalau harga yang jadi ukuran, cuba kita renung bersama perbandingan ini…



Roti Putih (sandwich) vs Roti bijirin (wholemeal)
Masa pengadun (9k tepung): Lebih kurang 20 minit vs Lebih kurang 40 minit

Masa pengembang (fermentation time): 1 jam vs 2 hingga 2 ½ jam


Masa pembakaran: 30 minit vs 35 minit

Kebarangkalian sukses: 98% vs 50/50
[dari perspektif seorang amatur, seperti saya ;)]


Fikir-fikirkan…

Semua kejadianNya pasti ada sebab...

Wallahu'alam...

*PercaturanNya sememangnya sempurna…jom! kita kejar redha dan KasihNya bersama..*



Tuesday, January 6, 2009